Berita minggu lepas
Punca sebenar kes maut keracunan makanan kenduri kahwin di Kedah. Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian. Terkini, seramai empat orang disahkan maut akibat keracunan kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai.

Punca Kes Maut Keracunan Makanan Kenduri Kahwin Di Kedah
Pengarah
Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada
130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung
Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk. Hasil laporan
siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan
manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak.
Ayam
kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September sebelum
disimpan di suhu bilik. Keadaan penyimpanan yang tidak sesuai juga boleh
menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang tidak cukup
tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan. Setelah
disiasat mendapati, ayam goreng yang dicampurkan kuah sambal pada 28
September untuk dihidangkan kepada pengunjung majlis perkahwinan
mengandungi mikroorganisme yang dipanggil salmonela.
Individu
yang dikesan terkena jangkitan bakteria berkenaan akan mengalami
simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas
makan. Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam
badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat
menerima rawatan.
Gambar Bakteria Salmonella
No comments:
Post a Comment