Poliklinik Hidayah
17 Taman Enggang,Jalan Langgar
05460 Alor Setar,Kedah
Tel : 7310931

Pusat Haemodialisis Dr Ismail Sdn Bhd
281 & 282 Jalan Lencong Barat
05050 Alor Setar,Kedah
Tel : 7771193

Monday, 7 October 2013

Keracunan maut

Berita minggu lepas
Punca sebenar kes maut keracunan makanan kenduri kahwin di Kedah. Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian. Terkini, seramai empat orang disahkan maut akibat keracunan kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai.
maut

Punca Kes Maut Keracunan Makanan Kenduri Kahwin Di Kedah
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk. Hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak.
Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik. Keadaan penyimpanan yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan. Setelah disiasat mendapati, ayam goreng yang dicampurkan kuah sambal pada 28 September untuk dihidangkan kepada pengunjung majlis perkahwinan mengandungi mikroorganisme yang dipanggil salmonela.
Individu yang dikesan terkena jangkitan bakteria berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan. Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan.
keracunan-makanan
Gambar Bakteria Salmonella
keracunan

Monday, 24 June 2013

Body Detoxification: Colon Cleanse, Natural Bowel, Liver, Blood Cleansin...

H7N9 membunuh



London: Lebih satu pertiga pesakit yang dijangkiti jenis baru selesema burung maut selepas dimasukkan ke hospital awal tahun ini, lapor penyelidik China dalam satu kajian baru.

 Sejak virus H7N9 melanda China Mac lalu, lebih 130 orang jatuh sakit dan 37 orang maut. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggap H7N9 sebagai “antara virus paling banyak membawa maut’ kerana tersebar dengan pantas berbanding H5N1.

 Wabak itu terhenti selepas China menutup banyak pasar ternakan hidup, saintis menganggap virus itu menjangkiti manusia menerusi pendedahan terhadap ternakan hidup. - AP

Sunday, 23 June 2013

Ahli Farmasi diperlukan segera di Alor Setar


Diperlukan dengan kadar segera:
Ahli Farmasi,berijazah
Berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia
Bekerja di Alor Setar
Jujur dan amanah
Gaji 5K-8K
Profit commision
Berminat : sms 0164108336 
 

Wednesday, 19 June 2013

Jerebu tingkatkan jumlah kes saluran pernafasan di Johor

JOHOR BAHRU: Keadaan berjerebu di empat kawasan di Johor berterusan hari ini dan menimbulkan kebimbangan bahawa ia boleh menjejaskan kesihatan orang ramai, terutama mereka yang mengalami masalah pernafasan, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Khairi Yakub. 

Beliau berkata, pihaknya mendapati jumlah kes jangkitan pada saluran pernafasan bahagian atas (URTI) meningkat 21 peratus berdasarkan jumlah kehadiran pesakit yang datang mendapatkan rawatan. 

"Kumpulan umur yang paling banyak terjejas ialah 13 hingga 59 tahun," katanya dalam jawapan kepada soalan yang dihantar Bernama melalui sistem pesanan ringkas di sini hari ini. 

Tuesday, 18 June 2013

Pemeriksaan darah @ 40

Kesihatan adalah sesuatu yang amat berharga yang susah tentu tidak boleh dinilai dengan duit ringgit maupun harta yang menggunung.

 Kesihatan dipengaruhi oleh banyak faktor seperti jantina,umur dan keturunan.Makanan serta gaya hidup juga diantara faktor utama yang menentukan tahap kesihatan seseorang.

 Tahap kesihatan seseorang boleh diketahui melalui pemeriksaan fizikal dan darah. Pemeriksaan darah yang paling asas sekurang-kurang dilakukan apabila umur dah mencecah 40 tahun adalah seperti berikut:

1.Hematologi iaitu darah merah(Haemoglobin),putih(White Cell Count) dan darah beku(Plaletlets)

2.Gula(Glucose)

3.Lipids(Kandungan lemak dan kolesterol)

4.Fungsi Buah Pinggang

5.Fungsi Hati

6.Kandungan galian(Electrolytes)

Migraine



A migraine headache can cause intense throbbing or a pulsing sensation in one area of the head and is commonly accompanied by nausea, vomiting, and extreme sensitivity to light and sound.

Migraine attacks can cause significant pain for hours to days and be so severe that all you can think about is finding a dark, quiet place to lie down.

Some migraines are preceded or accompanied by sensory warning symptoms (aura), such as flashes of light, blind spots, or tingling in your arm or leg.

Migraine Pathophysiology

Monday, 17 June 2013

Batu karang

Penyakit batu karang di buah pinggang kerap berlaku terutamanya di Musim Summer(Negara Barat) atau dimusim kemarau di Negara kita.

Ada beberapa jenis batu karang, antaranya ialah kalsium oxalate, asid urik dan cystine. Batu jenis struvite pula terdiri daripada magnesium, ammonia dan fosfat bercampur dengan karbonat. Ini dikenali juga sebagai batu jangkitan. Di Malaysia, batu jenis kalsium oxalate, asid uric dan batu jangkitan biasa di temui.


Sunday, 16 June 2013

Denggi membunuh

Lapuran terkini kes demam denggi sehingga 8 June adalah seperti berikut :

“TIGA KES KEMATIAN DENGGI DALAM MASA SEMINGGU”

Dalam tempoh seminggu sahaja, tiga (3) kematian Denggi dilaporkan iaitu masing-masing satu di Pulau Pinang, Selangor dan Melaka menjadikan jumlah kumulatif kematian Denggi sehingga kini sebanyak 22 berbanding 21 kematian pada tahun lepas.

 Jumlah kes yang dilaporkan bagi tempoh Januari sehingga 10 Jun tahun ini telah pun melebihi jumlah kes dilaporkan pada tempoh sama tahun 2012. Dalam tempoh ini , sejumlah 10,910 kes telah dilaporkan pada 2013, berbanding 10,706 kes bagi tempoh yang sama tahun 2012, iaitu peningkatan sebanyak 2% (204 kes).

Denggi boleh bawa maut










Ini gambar fogging yang dilakukan dilaluan rumah saya,buat kali ketiga.Fogging ini dilakukan ekoran dari kes demam denggi anak jiran kami. Tahniah kepada Inspektor kesihatan dan crew yang bertungkus lumus.3 kali fogging dalam tempoh 2 minggu

KKM dan JAKIM kata kandungan vaksin untuk bayi tak haram

Kementerian Kesihatan, JAKIM nafi vaksin, imunisasi kandung bahan haram KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan dakwaan kononnya vaksin atau imunisasi untuk bayi mengandungi bahan-bah

"Sekiranya timbul keraguan atau perlukan pengesahan, elok rujuk kepada pihak berkuasa supaya penyebaran isu-isu seumpama itu tidak menimbulkan kegelisahan kepada masyarakat seluruhnya," demikian menurut kenyataan itu.

Semua vaksin berkenaan didaftar di bawah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan dinilai mengikut keperluan piawaian antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

Kenyataan itu berkata, kesan sampingan akibat imunisasi selalunya adalah ringan dan tidak berbahaya berbanding kesan jangkitan penyakit itu sendiri dengan kesan sampingan yang kerap dilaporkan adalah demam dan sakit di tempat suntikan.

 "Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan sentiasa memantau kesan sampingan akibat imunisasi di semua fasiliti kesihatan. Sehingga kini, tiada tindakan regulatori terhadap vaksin akibat kesan sampingan," jelas kenyataan itu.

Dari sudut pandangan syarak, kenyataan itu menjelaskan, imunisasi yang merupakan jalan pencegahan adalah perkara yang dituntut dalam Islam sesuai dengan kaedah usul fikah. "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia sejak 1988 mengeluarkan beberapa pandangan hukum berkaitan langsung dengan imunisasi yang seharusnya menjadi panduan seluruh umat Islam," demikian menurut kenyataan itu.

Stroke@angin ahmar

Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya:

1. Penyempitan salur darah ke bahagian otak

2.Saluran darah dalam otak pecah


  Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota.


Saturday, 15 June 2013

Komplikasi diabetes

Kencing manis: 70% risiko buta, kudung

Cetak
Kuala Lumpur: Lebih 70 peratus penghidap kencing manis di negara ini menghadapi risiko buta, strok, kegagalan jantung dan buah pinggang serta kudung kerana gagal mengawal paras gula dalam badan. 

Ini berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan tiga universiti tempatan terhadap 53,000 penghidap kencing manis seluruh negara. 
Kajian itu mendapati hanya 22.5 peratus responden lulus ujian HbA1c dengan mempunyai paras kawalan gula dalam darah kurang 6.5 peratus seperti ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 


Manakala 77.5 peratus responden yang diuji itu mempunyai paras kandungan gula melebihi tahap ditetapkan, sekali gus meningkatkan risiko komplikasi akibat penyakit kronik itu. 

Kawal gula elak komplikasi 

Presiden Persatuan Diabetes, Prof Datuk Dr Ikram Shah Ismail, berkata kawalan paras gula dalam darah penting bagi mengelakkan komplikasi kerosakan sehingga buta, kegagalan buah pinggang, jantung, strok dan gangren yang menyebabkan kaki atau tangan terpaksa dipotong.

Dr Ku Azhar - usahawan yang berjaya

Dr Ku Azhar Ku Baharum
Seorang usahawan dalam bidang Perubatan dan Kesihatan yang berjaya
Mempunyai > 65 buah klinik,rangkaian Poliklinik Ku azhar dan rakan-rakan
Mempunyai rangkaian Pusat Dialisis dan Farmasi
Dan banyak lagi

Selamat maju jaya sahabatku
Hari ini saya menerima jemputan dan undangan perkahwinan anak sulung beliau,yang juga seorang doktor
Selamat mengharungi kehidupan berumahtangga untuk anak beliau serta pasangan
Semoga diberkati Allah

Maklumat Denggi hak bersama

Kementerian Kesihatan lancar sistem aplikasi, laman sesawang I-Dengue

Cetak
SUNGAI PETANI: Kementerian Kesihatan melancarkan sistem aplikasi dan laman sesawang I-Dengue bagi membolehkan orang ramai mendapat maklumat terkini berkaitan kawasan panas penularan penyakit itu di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata laman sesawang itu dibangun menggunakan teknologi penderiaan jauh serta sistem maklumat geografi (GIS) dan boleh diakses di http://idengue.remotesensing.gov.my.
"Laman web ini dikemas kini setiap minggu. Kerajaan berharap akses kepada maklumat berkenaan akan meningkatkan keberkesanan dan tindakan segera masyarakat memerangi wabak demam denggi.


"Kementerian Kesihatan serius dalam soal pembanterasan denggi, lebih-lebih lagi kes demam denggi meningkat di seluruh negara akhir-akhir ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Denggi Asean Peringkat Kebangsaan 2013 di Dewan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman; Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Jabatan Kesihatan, Dr Chong Chee Keong dan Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat.

Dr Subramaniam berkata, dalam tempoh Januari hingga 1 Jun lalu, sejumlah 10,401 kes demam denggi dicatat dengan 19 kematian berbanding 10,352 kes dan 20 kematian bagi tempoh sama tahun lalu.

Beliau berkata, kawasan yang mencatat kes tertinggi ialah Johor Bahru, daerah Petaling di Selangor dan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan merancang mempertingkat penguatkuasaan undang-undang dan akan kerap mengadakan pemeriksaan di kawasan perumahan selepas ini.

Dr Subramaniam berkata, pihaknya akan mengenakan tindakan tegas terhadap pembiak nyamuk Aedes dan orang ramai boleh dikompaun RM500 untuk satu kes selain dihadap ke mahkamah serta berdepan denda maksimum RM10,000 jika melakukan kesalahan berulang kali.

Pada majlis itu, beliau memperkenal tiga ikon selebriti bagi membantu Kementerian Kesihatan mengadakan kempen memerangi denggi.

Mereka ialah pemenang program realiti Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, Miss World Malaysia 2008/2009 Soo Wincci dan juruhebah radio THR Raaga, Uthaya Kumar.

Friday, 14 June 2013

Pasai apa pulak dah!!

Doktor bergaduh didakwa

Cetak
Johor Bahru: Seorang doktor bersama tiga yang lain, didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan bergaduh di tempat awam, April lalu. 

Dr Koh Chin Tsong, 43, didakwa bersama Lim Boon Chong, 47; Lim Kim Chuan, 44 dan Tan Tiong, 57; atas tuduhan mengganggu ketenteraman awam dengan bergaduh di hadapan rumah bernombor 21 dan 23, Jalan Denai 30, Taman Bukit Jaya, Ulu Tiram di sini, jam 10 malam pada 12 April lalu. 
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali. 


Chin Tsong dan Boon Chong yang sudah didakwa sebelum ini, masing-masing dikenakan ikat jamin RM3,000 oleh seorang penjamin pada 31 Mei lalu. 

Kim Chuan dan Tiong yang didakwa semalam atas dakwaan itu turut dibenar ikat jamin sebanyak RM3,000 oleh seorang penjamin selepas kedua-duanya mengaku tidak bersalah. 

Majistret Farhana Mohd Sharif menetapkan 19 Jun bagi sebutan semula kes.

Lagi kematian akibat kencing tikus


Kematian kakitangan UMT akibat virus kencing tikus

Cetak
Kuala Terengganu: Jabatan Kesihatan Terengganu mengesahkan kematian seorang kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Sabtu lalu, selepas menyertai aktiviti di Pulau Bidong di sini, berpunca daripada jangkitan virus kencing tikus (Leptospirosis).

Pengarahnya, Datuk Dr Anwa Sulaiman, berkata ujian Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia mendapati keputusan darah Ahmadi Abdul Ghawi, 47, yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, positif Leptospirosis.


Beliau berkata, pihaknya sudah memeriksa 63 orang merangkumi ahli keluarga dan peserta aktiviti di Pulau Bidong, bagaimanapun mereka disahkan tidak dijangkiti penyakit itu dan sihat.

Katanya, jabatan sudah mengambil langkah menutup sementara Pusat Penyelidikan UMT di pulau itu bagi kerja pembersihan dan semua aktiviti diberhentikan sehingga keputusan sampel persekitaran diketahui.

Nelayan yang singgah di Pulau Bidong dinasihatkan tidak menggunakan kemudahan yang ada bagi mengelak jangkitan.

Kita juga mengambil langkah pencegahan dan kawalan awal Leptosirosis termasuk penilaian risiko persekitaran meliputi tempat penyediaan makanan, stor makanan, pengurusan sisa makanan dan sampah yang boleh mengundang kehadiran tikus.
Penilaian juga dibuat atas kemudahan sanitasi seperti tandas, bilik mandi, pengurusan air dan sisa air limbah. Sebanyak 16 sampel persekitaran iaitu 11 sampel sumber air dan lima sampel tanah diambil dan keputusan persampelan dijangka diperoleh selepas dua minggu, katanya.

Thursday, 13 June 2013

Sayur-sayuran baik untuk anda



Berita Harian
Isnin, 03/06/2013
Kebaikan makan sayur-sayuran & buah-buahan
Kekurangan makan sayur-sayuran dan buah-buahan antara 10 faktor risiko utama kepada peningkatan kadar kematian yang mengakibatkan 31 peratus penyakit jantung dan 11 peratus serangan strok setahun di seluruh dunia. Kajian menunjukkan pengambilan serat yang mencukupi melalui sayur-sayuran dan buah-buahan boleh menyelamatkan sehingga 2.7 juta nyawa atau mengurangkan beban penyakit di seluruh dunia sebanyak 1.8 peratus setahun.

Wednesday, 12 June 2013

Anda gastik ?,kurangkan perkara berikut

1.Makanan pedas

2.Makanan masam

3.Ubat-ubat tahan sakit

4.Stress

Elakan perut anda jadi begini