Poliklinik Hidayah
17 Taman Enggang,Jalan Langgar
05460 Alor Setar,Kedah
Tel : 7310931

Pusat Haemodialisis Dr Ismail Sdn Bhd
281 & 282 Jalan Lencong Barat
05050 Alor Setar,Kedah
Tel : 7771193

Sunday, 16 June 2013

KKM dan JAKIM kata kandungan vaksin untuk bayi tak haram

Kementerian Kesihatan, JAKIM nafi vaksin, imunisasi kandung bahan haram KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan dakwaan kononnya vaksin atau imunisasi untuk bayi mengandungi bahan-bah

"Sekiranya timbul keraguan atau perlukan pengesahan, elok rujuk kepada pihak berkuasa supaya penyebaran isu-isu seumpama itu tidak menimbulkan kegelisahan kepada masyarakat seluruhnya," demikian menurut kenyataan itu.

Semua vaksin berkenaan didaftar di bawah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan dinilai mengikut keperluan piawaian antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

Kenyataan itu berkata, kesan sampingan akibat imunisasi selalunya adalah ringan dan tidak berbahaya berbanding kesan jangkitan penyakit itu sendiri dengan kesan sampingan yang kerap dilaporkan adalah demam dan sakit di tempat suntikan.

 "Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan sentiasa memantau kesan sampingan akibat imunisasi di semua fasiliti kesihatan. Sehingga kini, tiada tindakan regulatori terhadap vaksin akibat kesan sampingan," jelas kenyataan itu.

Dari sudut pandangan syarak, kenyataan itu menjelaskan, imunisasi yang merupakan jalan pencegahan adalah perkara yang dituntut dalam Islam sesuai dengan kaedah usul fikah. "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia sejak 1988 mengeluarkan beberapa pandangan hukum berkaitan langsung dengan imunisasi yang seharusnya menjadi panduan seluruh umat Islam," demikian menurut kenyataan itu.

No comments:

Post a Comment