Kematian kakitangan UMT akibat virus kencing tikus
Kuala Terengganu: Jabatan Kesihatan Terengganu mengesahkan kematian seorang kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Sabtu lalu, selepas menyertai aktiviti di Pulau Bidong di sini, berpunca daripada jangkitan virus kencing tikus (Leptospirosis).
Pengarahnya, Datuk Dr Anwa Sulaiman, berkata ujian Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia mendapati keputusan darah Ahmadi Abdul Ghawi, 47, yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, positif Leptospirosis.
Beliau berkata, pihaknya sudah memeriksa 63 orang merangkumi ahli keluarga dan peserta aktiviti di Pulau Bidong, bagaimanapun mereka disahkan tidak dijangkiti penyakit itu dan sihat.
Katanya, jabatan sudah mengambil langkah menutup sementara Pusat Penyelidikan UMT di pulau itu bagi kerja pembersihan dan semua aktiviti diberhentikan sehingga keputusan sampel persekitaran diketahui.
Nelayan yang singgah di Pulau Bidong dinasihatkan tidak menggunakan kemudahan yang ada bagi mengelak jangkitan.
Kita juga mengambil langkah pencegahan dan kawalan awal Leptosirosis termasuk penilaian risiko persekitaran meliputi tempat penyediaan makanan, stor makanan, pengurusan sisa makanan dan sampah yang boleh mengundang kehadiran tikus.
Penilaian juga dibuat atas kemudahan sanitasi seperti tandas, bilik mandi, pengurusan air dan sisa air limbah. Sebanyak 16 sampel persekitaran iaitu 11 sampel sumber air dan lima sampel tanah diambil dan keputusan persampelan dijangka diperoleh selepas dua minggu, katanya.

No comments:
Post a Comment