Doktor bergaduh didakwa
Johor Bahru: Seorang doktor bersama tiga yang lain, didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan bergaduh di tempat awam, April lalu.
Dr Koh Chin Tsong, 43, didakwa bersama Lim Boon Chong, 47; Lim Kim Chuan, 44 dan Tan Tiong, 57; atas tuduhan mengganggu ketenteraman awam dengan bergaduh di hadapan rumah bernombor 21 dan 23, Jalan Denai 30, Taman Bukit Jaya, Ulu Tiram di sini, jam 10 malam pada 12 April lalu.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Chin Tsong dan Boon Chong yang sudah didakwa sebelum ini, masing-masing dikenakan ikat jamin RM3,000 oleh seorang penjamin pada 31 Mei lalu.
Kim Chuan dan Tiong yang didakwa semalam atas dakwaan itu turut dibenar ikat jamin sebanyak RM3,000 oleh seorang penjamin selepas kedua-duanya mengaku tidak bersalah.
Majistret Farhana Mohd Sharif menetapkan 19 Jun bagi sebutan semula kes.
Dr Koh Chin Tsong, 43, didakwa bersama Lim Boon Chong, 47; Lim Kim Chuan, 44 dan Tan Tiong, 57; atas tuduhan mengganggu ketenteraman awam dengan bergaduh di hadapan rumah bernombor 21 dan 23, Jalan Denai 30, Taman Bukit Jaya, Ulu Tiram di sini, jam 10 malam pada 12 April lalu.
Chin Tsong dan Boon Chong yang sudah didakwa sebelum ini, masing-masing dikenakan ikat jamin RM3,000 oleh seorang penjamin pada 31 Mei lalu.
Kim Chuan dan Tiong yang didakwa semalam atas dakwaan itu turut dibenar ikat jamin sebanyak RM3,000 oleh seorang penjamin selepas kedua-duanya mengaku tidak bersalah.
Majistret Farhana Mohd Sharif menetapkan 19 Jun bagi sebutan semula kes.
No comments:
Post a Comment