London: Lebih satu pertiga pesakit yang dijangkiti jenis baru selesema burung maut selepas dimasukkan ke hospital awal tahun ini, lapor penyelidik China dalam satu kajian baru.
Sejak virus H7N9 melanda China Mac lalu, lebih 130 orang jatuh sakit dan 37 orang maut. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggap H7N9 sebagai “antara virus paling banyak membawa maut’ kerana tersebar dengan pantas berbanding H5N1.
Wabak itu terhenti selepas China menutup banyak pasar ternakan hidup, saintis menganggap virus itu menjangkiti manusia menerusi pendedahan terhadap ternakan hidup. - AP
No comments:
Post a Comment