Poliklinik Hidayah
17 Taman Enggang,Jalan Langgar
05460 Alor Setar,Kedah
Tel : 7310931

Pusat Haemodialisis Dr Ismail Sdn Bhd
281 & 282 Jalan Lencong Barat
05050 Alor Setar,Kedah
Tel : 7771193

Wednesday, 12 June 2013

Gastritis


Gastritis adalah penyakit yang sangat biasa di Malaysia maupun di tempat-tempat lain.Insiden gastritis akan meningkat dibulan-bulan tertentu terutamanya dibulan puasa dan dimusim-musim perayaan.

Ia disebabkan berlaku inflamasi atau radang dilapisan permukaan dalam perut yang menyebabkan berlakunya hakisan oleh gastrik jus.

Gastritis akan menyebabkan sakit dibahagian ulu hati yang akan bertambah baik atau teruk selepas makan.Tanda lain adalah seperti loya atau muntah,perasaan sengkak dan penuh diulu hati selepas makan atau boleh juga ianya tiada apa-apa tanda.

Penyebab utama gastritis adalah jangkitan kuman H Pylori,kesan ubat tahan sakit yang diambil secara berterusan,stress,kesan dari penyakit hempedu dan penyakit gastritis disebabkan penyakit Autoimin.

Perlu disebut disini iaitu mengubah sedikit cara makan dan cara hidup akan membantu merawat gastritis.Ianya adalah seperti makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap kali,elak makanan pedas,masam,goreng dan berlemak.Elak irritating foods.

Manage stress dengan cara yang baik juga akan banyak membantu gastritis.

No comments:

Post a Comment