Gambar diatas menunjukan saluran darah(arteri) yang membekalkan darah kepada jantung tersumbat oleh plak kolesterol
Lemak(TG)
1.Lemak tepu(lemak jahat)
2.Lemak tak tepu
Kolesterol
1.Total kolesterol
2.LDL(kolesterol) jahat)
3.HDL(kolesterol baik)
Kolesterol ialah bahan
berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel
dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah Manusia. Dua
sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan(15%) dan
pengeluaran hati(85%).
Kolesterol pemakanan datang daripada
daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap
oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein.
Kolesterol bersalut protein ni dipanggil “chylomicron”.
Hati mampu menyingkirkan kolesterol
daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta
merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati
mengeluarkan “chylomicron” daripada peredaran darah. Di antara
waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke
dalam peredaran darah.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah
kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil
lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh
bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau
lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL yang terhasil daripada
metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai
kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol
baik.
Kolestrol penyebab serangan jantung
Seseorang individu terdedah kepada
serangan jantung apabila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi
daripada kolesterol HDL.
Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol
melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan
tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol
menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit,
satu proses yang dipanggil “atherosclerosis”.
Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan “atherosclerosis”,
ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot
jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga
ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan
membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).
Zarah kolesterol HDL menghalang proses “atherosclerosis”
dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya
melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu
pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.
No comments:
Post a Comment