Ini pesakit pertama saya seawal klinik baru dibuka,9am.Satu malam tak dapat tidur kerana kesakitan.
Beliau adalah pesakit tetap saya sejak 10 tahun yang lalu.Beliau mempunyai uric acid yang tinggi dan sudah tentu merana akibat GOUT.
Paras normal uric acid 0.15 - 0.45 mmol/L
Ini Acute Gouty Arthritis
Ini pula kristal didalam cecair sendi yang mendapat radang akibat GOUT
Kristal ini tajam semacam jarum akan mencucuk tissue disekelilingnya yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat
Rawatan segera ialah ubat tahan sakit dan ubat anti inflamasi
Rawatan jangka panjang ialah kontrol pemakanan dan ubat untuk menurunkan paras uric acid dalam badan.
No comments:
Post a Comment